segalanya cerita cinta dan kehidupan....

segalanya cerita  cinta dan kehidupan....
ema & mokzi

Followers

kalau suka blog saya klik la like....

Tuesday, October 4, 2011

Perkembangan fetus - hamil 4 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia klik di sini

plasenta primitif
sak amnion
sak yolkaembrio

Terdapat bebola sel - yang kini bergelar embrio - sedang membesar dalam uterus anda dan ia telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Ia mempunyai tiga lapisan yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah di sisi kepalanya, terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi.

Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.

Jika anda belum lagi mencuba ujian kehamilan rumah, mengambilnya sekarang akan dapat mengesahkan kehamilan anda. Ada tanda-tanda yang lain yang menunjukkan yang anda itu hamil. Lihatlah kalkulator tarikh jangka lahir kami untuk mengetahui bilakah bayi anda akan lahir. Sesudah akan mendapat pengesahan, bolehlah anda menghubungi doktor anda dan membuat janji temu. Penjagaan antenatal yang baik dan konsisten adalah antara cara yang terbaik untuk memastikan yang anda dan bayi anda sihat sepanjang kehamilan anda.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Perkembangan fetus - persenyawaan

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia  klik sini
ovumspermfallopian tubeovary
Adakah anda bersedia? Ramai wanita, ketika mahu hamil, bertindak untuk tidak mengambil minuman keras, tidak merokok atau mengambil sebarang ubat - termasuk ubat yang dijual tanpa preskripsi - agar badan mereka berada dalam keadaan yang paling sihat untuk menghasilkan bayi.

Walaupun agak aneh, doktor anda akan mengira tarikh jangka lahir (dan umur gestasi bayi anda) dengan menghitung balik ke hari pertama haid terakhir anda. Oleh sebab sukar untuk mengetahui dengan tepat bilakah masa ovulasi dan juga bila sperma mensenyawakan telur anda, pakar perubatan sering menggunakan tarikh haid terakhir sebagai titik permulaan bagi sembilan bulan berikutannya. Ini bermakna secara "rasmi" minggu pertama kehamilan anda ialah minggu haid terakhir anda bermula. Sebab itu, umur sebenar bayi ialah dua minggu terawal dari umur gestasinya.

Semasa minggu kedua - dan setiap bulan sepanjang tempoh penantian ketibaan nyawa baru - hormon estrogen merangsang uterus anda untuk menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat darah. Peningkatan tahap hormon progesteron menyediakan uterus untuk menyara telur yang disenyawakan. Pada masa yang sama, ovari mematangkan telur-telur dalam sak-sak penuh cecair yang bergelar folikel. Dalam tempoh masa singkat badan anda membuat persediaan ini, konsepsi boleh berlaku, asalkan sperma berjaya bertemu telur.

Menjelang minggu ketiga, beberapa perkara akan berlaku. Di pertengahan kitaran (hari ke-14 dalam kitaran biasa 28 hari), anda akan mengovum - satu daripada telur anda ditarik dan dimasukkan ke dalam tiub falopio. Dalam 12 hingga 24 jam berikutan, telur ini akan disenyawakan jika satu daripada 350 juta sperma (jumlah dalam pancutan mani biasa) berjaya berenang dari vagina, melintasi uterus, terus menuju ke tiub falopio, lalu menembusi telur.

Setelah disenyawakan, telur itu, sekarang bergelar zigot, dengan serta-merta menutup membran luarnya untuk menyekat 250 sperma lagi yang juga berjaya membuat perjalanan itu. Kemudian ia mula membahagi kepada sel-sel yang serupa sambil membuat perjalanan turun dari tiub falopio ke uterus, di mana ia akan terus berkembang. Anda mungkin tidak sedar yang anda hamil untuk beberapa minggu lagi, walaupun setengah wanita percaya yang mereka tahu saat-saatnya konsepsi berlaku.

Setelah hamil, anda mula meragui pelbagai perkara: makanan apakah yang selamat, adakah mandi berendam air panas okey, adakah telefon bimbit selamat digunakan, adakah durian selamat untuk dimakan? Rujuklah bahagian Adakah selamat untuk...? kami dan dapatkan jawapan-jawapan yang pasti menenangkan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Wednesday, September 28, 2011

20 week

Assalamualaikum...

minggu ni dh masuk 20 minggu kandunganku..itu bermakna sudah 5 bulan.. dan ada yang merisaukan aku..kerana kawan2 ku bila kandungan mencecah 4 bulan lebih mereka semua dah mula rasa pergerakan baby dlm kandungan..tp aku masih belum rasa lagi..cuma rasa denyutan di pusat ku je...





bila ku bertanyakan kepada kawan2 yg berpengalaman (mak cik2 dan kakak la...) ... mereka kata "perut org lain2".. ada yg rasa bila usia 6 bulan..ada gak yg rasa bila usia 23week..." hmmm lega rasanya dihati nie...



tapi bila aku risau... aku suruh my hubby dengar dlm perut nie.... tp bila my hubby dengar kan cuma dengar bunyi.." krooooooooooookkkkkkkk krukkkkkkk..... " my hubby pun cakap.. "sayang lapar ke.. bunyi mcm perut lapar je..." aduh..ketawa aku.. aku pun ckp " baby tengah berenang kot cyg.." hahahaa..kami pun ketawa...



pagi semalam sewaktu aku sedang sarapan pagi..aku rasa macam rasa terkedu kat perut aku..sekali je... aku terfikir... " hmm..baby mama ke... "

lepas makan malam sedang aku tonton tv bersama hubby... aku rasa lagi mcm pagi tadi.., aku pun terus ckp dgn my hubby.... " syg nie kali kedua mama rasa..baby gerak ke?..... " my hubby pun ckp.." baby... baby dh tendang2 ya.... cepat besar ya.." tersenyum aku lihat gelagat my hubby... hehehe.. senyum memanjang je... alhamdulillah..bahagia rasanya... ku berharap kebahagiaan ini kekal hingga akhir hayat kami..amin...


love forever and ever.....

Monday, September 12, 2011

dh hampir sebulan aku tak update................

Assalamualaikum...

dh lama benar tak update... maklum la,... dlm usia kandungan ku 4 bulan 2 minggu ni... baru la badan rasa selesa sikit.... bercerita tentang bulan puasa yg lalu.. aku tak berapa sihat sgt... blog pun jarang buka..kalau buka facebook pun jarang sekali melayan..just buka dan pandang.... kerja di ofis pun tak la byk sgt.... cuma badan yg tak berape sihat..demam dan batuk melanda....

masuk bulan syawal... tamat la bulan ramadan.... sibuk ke sana kemari..walaupun badan dh sihat dan ceria.. suami ku pula yg demam... so raya ni tak de la bergambar sgt... so tak dapat la nk update... tp dalam demam sampai tetap gak melawat saudara mara....

raya pertama - kami suami isteri habis kan masa bersama keluarga kami..pagi2 lagi kami ke rumah ibu suami ku... sebelah tengahari kami ke rumah ibu & atok ku pula... maklum la rumah dekat..hehehe... ambil masa 20minit sampai la... sebelah petang pula aku kerumah ayah dan ibu tiri ku pula di melaka... kami pergi bersama2 kakak,abg ipar dan 2 org abg kembarku... cuma adik saja je tak de di hari raya ni... dia tak dapat cuti..dia kat kelantan menjalani tugasnya sebagai seorg polis.... sampai ke malam kami di rumah ayah di melaka.. dalam jam 10pm.. kami berangkat pulang semula kerumah masing2..

raya ke-2 - kami ke rumah ibu suami ku.. lepak2 kerana adik beradik sebelah suami semuanya dh balik..tp tak semua la.. adik beradik dia ada 14org..aku cuma 5org je... ramai kan...  kalau tak balik semua pun rumah mak mertua aku tu tak muat kalau bermalam..tetapi itu la yg seronok... samapi ada yg tido dlm kereta.. sebb cucu cicit pun ada.... kemeriahan raya selepas aku berkahwin memang semakin terasa..seronok bila tgk family besar....

raya ke-3 - kami beraya kerumah saudara mara terdekat sahaja... dan petang berehat sahaja dirumah..kerana suami aku masih lg demam...dan malam ayah dtg menjenguk kami di rumah sewa kami ...kul9.00 malam ayah dh pulang abg dan pak cik ku yg bongsu dtg pula beraya sambil tu ajak kami gi main boling di BP Mall... kami ilkut je..tp aku tak dapat main la..sebb risaukan keselamtan baby dlm perut..so suamiku je  yg main... sampai kul 12 kami berhenti dan pulang ke rumah....

raya ke-4 - kami gi ke bandar tenggara dan kulai.. rumah mak saudara dan pak saudara ku.. kami pergi bersama abangku, atok dan pak sedara ku yg bongsu... sampai ke malam berjalan2 di sana..maklum la jauh... setiap rumah rehatnya berjam2..hehehehe

raya ke-5 - Kami pergi melaka sekali lagi utk beraya di rumak kakak suami ku... kakak ipar la... dia pun ada buat open house... dan alang2 dh kesana.. pergi la beraya ke rumah kakak ipar yg seorg lagi.... kul2pagi kami berangkat pulang ke Batu pahat semula..tak jadi tido sebb keesokkn harinya ada kerja yg hendak di selesaikan.....


raya ke-6 - berehat dirumah dan pergi ke rumah atok ku lepak2....


raya ke-7 - dah mula kerja............. hingga kini...


sepanjang dh kerja ni..malam hari kami beraya la kerumah mak cik dan pak cik yg belum sempt kami kunjungi..serta kawan2 kami...

itu la raya...betapa aku sibuk berjalan kesan kemari... hingga tak sempt nk update blog aku ni....

opsss............ nk upload pic aku jahit manik.. lupa lak nk download pic nya..esok la ya... ni pun kat ofis ni..hehehee...

terima kasih nk baca celoteh entah pe entah dr aku ni..hahahha


selamat hari raya ...maaf zahir batin.... dan tahniah kepada kawan2 yg telah mendapat cahayamata pada bulan pose dan raya ni....

Tuesday, August 23, 2011

tak lama lagi raya...

Assalamualaikum....

dah lama benar tak update ... hmm maklum la pose.. mood nk menulis pun kurang..bukan pe.. kerja yg kat ofis lak berlambak... sbb nya nk raya..kerja dgn kontarkor ni.. kalau nk raya ..memang sibuk..sbb nk bos nk claim wet raya la... bukan bos je..pekerja2 buruh pun sama..nk bonos raya la... jd kerja lebih la.. semua org termasuk aku... sbb kalau diorg dh sattel kerja..aku lak yg kena sempurnakan..dan selepas tu semua org leh dpt duit termasuk la bos aku... aku???? duit?? bonous???..mesti la dapat... aku kan org kuat syarikat... aku la yg lebih..hahahah..alhamdulillah..rezeki....

sekarang ni dh dekat nk rayua..dalam 5 - 6 hari lagi.... persiapan alhamdulillah... baju raya semua dh siap..eh semua..mcm ramai je.. baju aku dgn hubby je..heheh.. kuih???.. hmm terpaksa tunjuk je la kat kedai..tak wat tahun ni... sbb nya tak sempat.. dlm sibuk kerja kat ofis tu.. aku sibuk menjahit manik baju org... ambil upah..hehehhe.. bakat terpendam tau...

nti next update aku upload hasil kerja tangan aku ya..hehehehe

bercerita tentang pose dlm keadaan aku yg berbadan dua ni... hajat nk penuh tahun ni tak kesampaian sbb aku demam seminggu..so aku xdapat pose penuh..demam tak leh bangun.. batuk dan selsema... mcm ne la nk pose kan.. dgn keadaan aku mcm tu... kena makan..sbb baby dlm perut pun asyik mintak makan je... heheh... bila dh baik demam aku pose la... sampai tempoh cek bulanan kandungan ku..alhamdulillah tak de pe2... tetapi aku kekurangan darah dan berat turun 2 kilo... so nurse tak galakan pose.. sbb takut jd pe2 kat baby... aku di galakan makan kerang,hati dan sayur bayam... hmm... so raya tak lama lagi..aku rasa larat lg nk pose..so pose je la... kerang dh makan dh malam td..hehehe...


dalam kesempatan ini... ema hulurkan salam aidilfitri buat kawan2 dan pembaca2 blog semoga aidilfitri kali ni lebih bermakna dan di berkati... selamat hari raya.. maaf zahir batin...


Wednesday, August 10, 2011

selamat berpuasa

dah masuk hari ke 11 aku berpuasa..dalam keadaaan berbadan dua ni..dugaan memang mencabar... kadang2 tu ..rasa penat sgt..kadang2 tu rasa mengantuk je... kadang2 tu semangat pulak... hehehehe

bab penat dan letih menjalani ibadah berpuasa nie... aku memilih utk menghidangkan juadah berbuka dengan membeli sahaja... bila tak berapa letih aku gagahkan utk memasak... kalau dah lepak sangat je aku beli je... kesian suami ku.... sebenarnya dia tak berape gemar kalau membeli..dia lebih suka aku memasak drp membeli...tetapi disebabkan keadaan aku... dia pasrah dan redha... dan diap un kesian kan aku juga... so suami ku izinkan la aku membeli je bila tak larat.....

bab bersahur lak.. aku memasak alah kadar... kalau pagi2 nk sahur  larat la.. sbb boleh makan dan minum kan... tapi puasa nie kurang sikit la makan nasi... makan sikit je..tak lalu pun ya..banyak minum air pun ya..hahaha adat la..pose kan..buka je .minum air yg lebih..hehhehe

semoga aku bertahan dan Allah memberikan kekuatan utk aku menjalani kewajipan ku dalam berpuasa... amin....


JOM TAMBAH PENDAPATAN....

saja uji kepakaran kita....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...