segalanya cerita cinta dan kehidupan....

segalanya cerita  cinta dan kehidupan....
ema & mokzi

Followers

kalau suka blog saya klik la like....

Friday, December 30, 2011

Melangkah Ke Tahun 2012

Alhamdulillah..syukur ke pada Allah SWT.. kerana masih memberikan aku erti sebuah kehidupan dan waktu utk aku terus mempelajari ilmu dan suruhan NYA serta bertaubat.. ...



hanya tinggal beberapa waktu sahaja akan tiba tahun baru 2012... tahun yg akan mencipta sejarah kehidupan ku dan jua suami... di awal tahun baru ini kami akan bergelar ibu dan bapa insyallah.... betapa tak sabar nya menanti kehadiran seorang insan yg istimewa ..anugerah drp Allah Swt... Insyallah.. dengan izin Allah... betapa ku bersyukur keatas rezeki dan zuriat yg telah ENGKAU berikan kepada kami... Alhamdulillah...

Azam Baru???... Azam telah di tanam sejak masuk tahun baru islam 1433.. insyallah... aku hanya ingin menjadi insan yg lebih baik di sisi Allah Swt... menjadi isteri yg taat dan setia pada Suami Serta berusaha yg terbaik utk anak2 yg bakal hadir dlm Kehidupan kami.... insyallah.... Tiada azam yg lebih baik drp itu....

Segala yg berlaku.... baik kita jadikan sandaran..yg buruk kita jadikan pengajaran....

SEMOGA TAHUN BARU AKN DATANG INI LEBIH BAIK DRP TAHUN LEPAS...



Thursday, December 29, 2011

cinta dan airmata

cinta dan airmata????? ...

lautan mana tak dilanda ombak.. bumi yg mana tak dibasahi hujan..... dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan..kita tak lepas daripada dugaan dan ujian drp Allah SWT... 

Ya Allah.. berikan la akum kekuatan dalam mengharungi ujian dan dugaan yg telh Engkau berikan... betapa aku hamba mu yg lemah dan tak mamapu menahan mata ini utk menitiskan airmata.. demi menyintaimu Ya Allah dan menyintai insan  bergelar suami....

Ya Allah... kau jauhkan la rasa sedih dan duka hati ini drp zuriat yg berada dlm kandungan ku ini... jauhkan perasaan sedih dan duka  ku ini drp nya agar dia lahir menjadi seorg insan yg tabah dan kuat serta beriman kepada mu Ya Allah....

Entah mengapa... bila usia kandungn mencech 34minggu nie...hati mudah tersentuh.. walau pun benda remeh temeh... kalau tgk cite sedih lg la... laju je airmata ni nk jatuh... sampai tgk katun upin ipin " rindu opah " pun leh mengalirkan air mata.. lucu kan...  huhuhuhuhu....



semoga Allah memberikan aku kekuatan dan ketabahan hati dlm menghadapi segala dugaan dan kesedihan yg bersarang di jiwa nie...


Thursday, December 8, 2011

masa utk bershopping


diam tak diam dh 30week.. hmm ni la masanya nk shopping barang2 baby... 





hmm .. nie sebahagian brg2 yang mama dh beli utk mu sayang...
tilam, kelambu dan yg lain2 pun mama dh beli...
papa suka sgt masa shopping brg kamu sayang... mcm2 dia nak beli...
mama kontrol la... mama cari yg penting2 dulu...
yg lain kita beli kemudian ya sayang...

mama beli ikut senarai yg mama dh search dgn kwn2 dan family.. tp ada lagi yg mama tak beli tu..
nti mama gi shopping

SENARAI BARANG UTK BABY


PAKAIAN BAYI:

Mula beli pakain asas dulu tau...beli pakain lain setelah bayi mula membesar..digalakkan membeli pakain bayi yang bersaiz 6 bulan ke atas....
  1. SARUNG TANGAN
  2. SARUNG KAKI
  3. BAJU LENGAN PANJANG
  4. SELUAR PANJANG
  5. BAJU LENGAN PENDEK
  6. SELUAR PENDEK
  7. ROMPERS
  8. TOPI ATAU TOPI BONET
KELENGKAPAN MANDIAN: 

Beli barang mandian bayi dengan menggunakan starter pack je dulu...takut barang tue tak sesuai dengan bayi kita...
  1. TAB MANDIAN BAYI
  2. PENGALAS TAD MANDIAN BAYI
  3. TUALA MUKA
  4. TUaLA MANDI
  5. MANDIAN BAYI
  6. SYAMPU BAYI
LAMPIN:
  1.  LAMPIN KAIN MODEN
  2. LAMPIN PAKAI BUANG
  3. PELAPIK (KALAU PAKAI LAMPIN KAIN MODEN)
  4. TISU BASAH
  5. PELAPIK MENUKAR LAMPIN
  6. BEG LAMPIN
  7. LAMPIN BEDUNG
BARANG PENJAGAAN BAYI:
  1. BEDAK BAYI
  2. LOSEN BAYI
  3. MINYAK BAYI
  4. SIKAT/BERUS RAMBUT
  5. MINYAK TELON
  6. PEMOTONG KUKU
  7. KAPAS MUKA
  8. KRIM RUAM LAMPIN
  9. KAIN BEDUNG
  10. BARUT
BARANG KELENGKAPAN TIDUR SIMANJA: 

Kalau boleh biarlah anak tidur dengan ibu sebab dia akan banyak terjaga dan ingin menyusu di waktu malam..
  1. KATIL BAYI
  2. TILAM
  3. CADAR
  4. SELIMUT
  5. BANTAL
  6. BANTAL PANJANG  
BARANG PENYUSUAN: 

6 bulan pertama anda digalakkan menyusu bayi secara berterusan...tapi kalau tak mampu untuk menyusu secara manual boleh perah susu tue...

PENYUSUAN SUSU IBU:
  1. PAM (MANUAL/BATERI/ELEKTRIK)
  2. BEKAS PENYIMPAN SUSU IBU
  3. BEG PENDINGIN
  4. PEK AIS
 PENYUSUAN SUSU FORMULA:
  1. BOTOL SUSU BEBAS BPA
  2. PUTING
  3. BERUS BOTOL
  4. BEKAS PENYIMPAN SUSU FORMULA
  5. TERMOS
  6. BEKAS MINUMAN


Thursday, November 17, 2011

jom tambah pendapatan

salam , kawan2.. jom kita tambah pendapatan.. sikit2 lama2 jadi bukit... ema dah pun dapat hasil nya... nak tahu dan bukti..ada di album facebook Manja Mokzima... nak join mcm ne???? .. jom ema ajar mcm ne nak daftar ya...


CARA-CARA HENDAK MENDAFTAR RM20SEGERA.COM

  1. KLIK PADA LINK YNG DIBERIKAN http://www.rm20segera.com/?=ema8281


2.       KLIK PADA “DAFTAR DI SINI”


3.       PASTIKAN  “NAMA TAJAAN = ema8281”  - ini utk memudahkan tajaan anda aktifkn anda dan follow anda.

             
4.       ISI BUTIRAN YANG DISEDIAKAN


5.       SETELAH ISI KLIK  “DAFTAR" 
6. BACA BETUL2 PE YANG KELUAR SELEPAS ANDA KLIK PADA DAFTAR


 7.       SEKIRANYA KELUAR “ username yang anda pilih sudah digunakan. sila cuba lagi” 
8.        SILA KLIK “DAFTAR DI SINI” SEMULA DAN TUKAR “USERNAME”  YANG LAIN SEHINGGA BERJAYA.

 9.       SEKIRANYA TELAH BERJAYA KLIK PADA “ Ruangan reseller” DAN SILA “LOGIN” DENGAN MENGGUNAKAN USERNAME DAN PASSWORD ANDA


10.   ANDA AKAN DAPATI “KEAHLIAN ANDA ADALAH NON-ACTIVE MEMBER” 
11.   KLIK PADA “Klik disini untuk aktifkan keahlian anda”

12.   SILA  IKUT LANGKAH YANG DIBERI 
13.   SETELAH RM20 TELAH DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN YANG DIBERIKAN PASTIKAN SLIP DIAMBIL UTK BUKTI PEMBAYARAN (LANGKAH KE 3)
 14.   SILA “LOGIN” SEMULA KE WWW.RM20SEGERA.COM UTK ISI BUTIRAN PEMBAYARAN DI LANGKAH KE 3. 
15.   ISI BUTIRAN : TIME, DATE, LOC, NAMA AKAUN, NAMA BANK


 16.   SELEPAS ITU KLIK “HANTAR PENGESAHAN PEMBAYARAN”

17.   SELEPAS ITU “AKAUN ANDA AKAN DIAKTIFKAN DALAM MASA 24JAM ANDA BUAT PENGESAHAN” 
18.   LANGKAH SETERUSNYA SILA BUKA EMAIL ANDA, ANDA AKAN DAPAT EMAIL DRP WWW.RM20SEGERA.COM  UTK PENGESAHAN KEAHLIAN ANDA. SILA “ADD CONTACT” WEB BERKENAAN UTK ELAKAN “SPAM’

   
        19.   PENGESAHAN PEMBAYARAN ANDA 


  • *      SELEPAS AKAUN ANDA SUDAH AKTIF, PENAJA AKAN SMS ANDA / ANDA BOLEH LOGIN SEMULA DI WWW.RM20SEGERA.COM SELEPAS 24JAM.
  • *      SAYA AKAN EMAIL KEPADA ANDA CARA-CARA UNTUK MENDAPATKAN RM20 BERTUBI2 KE AKAUN ANDA.. (^_^)

Sunday, November 13, 2011

Perkembangan fetus - hamil 37 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

uterusrambutvagina

Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
 
Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya.
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka. Lihat sajalah bahagian sakit bersalin dan melahirkan kami.

Perkembangan fetus - hamil 36 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

uteruskepalakulit

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna kami.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
 
Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

Perkembangan fetus - hamil 35 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

cecair amnionuteruslemak

Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran.

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
 
Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap.

Masih belum mendapat nama bayi? Cuba rujuk nama-nama bayi kami untuk mendapatkan idea-idea baru.

Doktor anda mungkin mahu berjumpa dengan anda setiap minggu sekarang sehingga anda melahirkan.

Perkembangan fetus - hamil 34 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

lemakparu-paru

Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya.

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
 
Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang.

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah tip-tip membantu diri kami.

Perkembangan fetus - hamil 33 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

kulittengkorak

Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
 
Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula.

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural.

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

Perkembangan fetus - hamil 32 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

uterusrambutkuku kaki

Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
 
Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa.

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun.

Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir.

Perkembangan fetus - hamil 31 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

uteruslemak

Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
 
Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran.

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan.

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan.

Perkembangan fetus - hamil 30 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

uteruscecair amniomata

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
 
Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.

Perkembangan fetus - hamil 29 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

uterustulangkepala COORDS=anuskepala

Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.

Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
 
Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asid, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang. Dengan itu, lihatlah panduan makanan sempurna kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi.

Perkembangan fetus - hamil 28 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

lemakuterusmata

Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga lazimnya bermula pada 29 minggu kehamilan dan berakhir pada 40 minggu kehamilan, kadang kala lebih lanjut dari itu. (Jangan bimbang - maksimumnya ialah 42 minggu! Lebih dari itu, wanita lazimnya dicetuskan untuk melahirkan.) Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 11 paun / 5 kilogram semasa semester ini.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
 
Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.

Anda mungkin mengalami perasaan berbolak-balik apabila mengenangkan sakit bersalin dan melahirkan. Menyediakan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan meraitkannya satu-persatu akan membantu. Mulalah memilih nama-nama bayi yang sesuai dan mulalah memikirkan tentang kehidupan selepas kelahiran juga. Anda juga mungkin berjumpa dengan doktor anda dengan lebih kerap lagi di minggu-minggu terakhir ini.

Perkembangan fetus - hamil 27 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

uterusmulutmata

Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
 
Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak.

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda.

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada 36 minggu kehamilan.

JOM TAMBAH PENDAPATAN....

saja uji kepakaran kita....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...