segalanya cerita cinta dan kehidupan....

segalanya cerita  cinta dan kehidupan....
ema & mokzi

Followers

kalau suka blog saya klik la like....

Tuesday, October 4, 2011

Perkembangan fetus - hamil 6 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
tunas kaki
jendul jantung
rahang bawah
tunas lengan

Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung, dan lubang-lubang yang menandakan telinga.

Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tetapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut per minit - dua kali ganda kadar denyutan anda.

Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa dalam trimester kedua sebelum dapat menikmati sensasi dari sesi-sesi senaman bayi anda. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda semasa kehamilan.

Pusat sumber kehamilan awal kami akan membimbing anda untuk melalui minggu-minggu pertama kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH PENDAPATAN....

saja uji kepakaran kita....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...