segalanya cerita cinta dan kehidupan....

segalanya cerita  cinta dan kehidupan....
ema & mokzi

Followers

kalau suka blog saya klik la like....

Tuesday, May 3, 2011

betapa beruntungnya seorang perempuan menjadi ibu

 ema nk kongsikan catatan dan pengetahuan  yg ema ambil drp kwn blog n fb ema kalau korang nk tengok klik je yurienamika.






Ya Allah... kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar(menerima)setiap doa permohonan hambamu ini...Amin Ya Rabbal Alamin~

Rasulullah saw pernah menyebut  bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama . 

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

kata Rasulullah , wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

   Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid dan dikurniakan syurga buatnya. 
Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.



 Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah.
Lihat betapa mudahnya untuk kaum hawa menikmati pahala hanya kerana mengandung dan melahirkan umat-umat nabi muhammad saw. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah swt ... Amin...





Tu sebabnyer Ema beria-ria nak sangat anak anak yang comel-comel.... Semoga impian Ema menjadi kenyataan satu hari nanti... InsyaAllah~



P/S : Semoga satu hari nanti, Ema boleh jadi seorang isteri dan ibu yang baik kepada mereka. InsyaAllah... amin~


Sabda Rasulullah saw : Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka ibu bapalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi,Nasrani atau Majusi . Wallahualam~

2 comments:

  1. kita sama-sama berusaha & berdoa ye kak :)

    jom follow belog kite plak
    http://flowermelati.blogspot.com

    ReplyDelete

JOM TAMBAH PENDAPATAN....

saja uji kepakaran kita....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...