segalanya cerita cinta dan kehidupan....

segalanya cerita  cinta dan kehidupan....
ema & mokzi

Followers

kalau suka blog saya klik la like....

Tuesday, April 26, 2011

RED GUARA CAFE - MINUMAN KESIHATAN SEISI KELUARGA



 


 RED GUARA CAFE - MINUMAN KESIHATAN SEISI KELUARGA


RED GUARA CAFE BERFUNGSI SEBAGAI :

1. Berguna semasa puasa untuk menahan lapar
2. Sebagai penahan lapar (Membantu menurunkan berat badan berlebihan)
3. Membuang air dan lemak berlebihan dalam badan
4. Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual
5. Membekalkan tenaga berpanjangan
6. Mengatasi dan membantu pencernaan dalam sistem usus badan (mampu mengawal/mengubat penyakit cirit birit)
7. Membantu merawat NEURALGIA (Sakit urat/saraf) dan kesakitan ringan
8. Memudahkan pernafasan (boleh membantu merawat asma/lelah)
9. Membantu mengurangkan Sindrom sebelum datang haid (PMS)
10. Menguatkan otot jantung
11. Mengurangkan atau menghilangkan demam
12. Mencegah jangkitan kuman
13. Membantu mencairkan darah beku dalam salur darah
14. Sebagai anti-oksida membantutkan sel2 kanser dalam organ badan.


KANDUNGAN RED GUARA CAFE

Kopi arabica
- Kafein rendah, 70% Arabica, 30a. Ditanam 2000 kaki dari aras laut •

Guarana (Paulina Cupana) 
 
       
  
– Herba penyembuh Hutan Amazon, Brazil.
Mampu menyembuhkan cirit-birit, cegah aterosclerosis /cardiovascular (akibat pemendapan pembuluh darah), meredakan kesakitan, menghentikan pendarahan, penggalak saraf, bersifat anti-oksida sesuai untuk merawat darah tinggi, penyembuh demam, pereda migrain dan sakit saraf (neuralgia).
Dalam bentuk tonik, diminum oleh kaum wanita Red Indian semasa datang bulan, senggugut, asma, senggugut dan sakit-sakit sendi. Diambil oleh lelaki Red Indian supaya perut tidak lapar dan menambah tenaga dan stamina semasa pergi berburu. Di Eropah, guarana diumpamkan sehebat Viagra. 


 Ubi Bit Merah (Beta Vulgaris)

 

 – Bersifat anti-kanser b agus untuk merawat kanser, menjana tenaga, sakit pinggang, bersifat anti-oksida •

Yis Beras Merah (Monanscus Purpuruees)

   

– Melembutkan salur darah yang keras, sangat bekesan mengatasi penyakit darah tinggi, keracunan, kanser, kencing manis, parkinson atau strok. Amat bagus untuk orang yang sedang berdiet
• Krimer Soya – Susu tenusu tidak digunakan sebagai krimer kerana ia akan menghapus khasiat dalam kopi guara.


KANDUNGAN KOPI DALAM GUARA CAFE:
1. 70% Kopi jenis ARABICA
2. 30% Kopi jenis ROBUSTA
3. Serbuk Kacang Soya sebagai krimer
4. Gula Tebu

<<salinan sijil kem kesihatan hanya boleh view by request -akmal>>

HARGA WM: RM19.80 | EM: RM21.80 | BRU:$11.50 | S'PORE $10.80
 DIFORMULAKAN OLEH DR ZAKARIA (FRIM)

KOS PENGHANTARAN RM6.00
20GM X 16 Sachets

Thursday, April 21, 2011

lawak 2 saat

hehehe..tak tahu nk update pe... saja nk kongsi kenangan hubby dgn 2 rakannya yang lepak kat uma kami sampai pagi.. mula2 masing2 dgn laptop masing2 main game dan berlawan sesama sendiri.. main catur pastu tangkap2 gambar.. tgk la gambar2 diorg tu...


tengok tu aksi yg tak leh tahan...



aksi yg tak boleh blah


 hahaha.. pe la si mamat( boro)  yg kat atas tu buat...


dah tu kenapa lak tu.....





eh... hehehehe.. aku pun nak selet gak..hahaha.. nie sebelum diorg dtg la..ahhaha


sebenarnya banyak lagi aksi2 3org jejaka tu.. cukup la sedikit je dikeluarkan... dn lawak 2 saat tu terjadi kerana diorg sebenarnya nk tangkap gambar..tp rupa2nya terakam aksi yg melucu kan.,.. korang tengok la...
100 kali aku tgk..100 kali aku kertawa sorg..hahahahha
lawak lawak....







Sunday, April 17, 2011

Tiba-tiba...

semalam... hari minggu yg cukup emosi.. 
entah kenapa aku tiba2 emosi.. rasa sedih je..nak menangis... 
tanpa sebab..
tanpa kesalahan..
tanpa perasaan...
entah kenapa...
emosi menguasi diri ini..sehingga hubby tertanya2.. kesian dia.. aku cuma mampu menjawap..
tak de pe2 la cyg....
hubby ke menjadi pelik...
aku lagi la pelik.....
emosi ku berlarutan sampai ke malam....

bila azan subur pagi tadi menusuk ketelinga ku... hati ku terus berbunga...
kecerian ku kembali
hubby ku pun tegur...
hmm baru nampak senyuman nya.. kenapa dgn sayang...
aku pun memohon ampun dan maaf... 
dan
jawapan ku tetap sama..
entah la cyg.. kenapa ema semalam.. tiba-tiba je nk sedih2.. nk emosi2...

tapi yg pasti.. dlm emosi ku... aku xmarah suami ku .. aku cuma diam diri je.. di tanya dua patah.. aku jwb sepatah...
tiba-tiba lidah kelu... tak tahu nk berkata-kata.. hati pula rasa sedih.. hahahaha..
bila di kenang kan ..lucu lak... macam ne la aku leh buat perangai mcm tu...
mcm budak2..hahahaha
pe pun..
hari yg ceria dtg kembali.....alhamdulillah....








Wednesday, April 13, 2011

Tips Untuk Dicintai Dan Disayangi





POSITIF

Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan.Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.

 

 RAMAH

Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.





CERIA

Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres.Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.
 


RINGAN TANGAN

Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan. Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan.




RENDAH DIRI

Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.

 


PERCAYA DIRI

Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.




PEMAAF

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang. Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman. Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.

 



JUJUR

Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.


 






5 perubahan yang perlu dibuat jika kamu mahu hamil...

Mencuba Untuk Hamil? 5 Perubahan Besar Yang Perlu Dibuat Pada Diet Anda

Perbaiki diet anda

Perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayuran kerana kesuburan berkait rapat dengan pemakanan yang sihat. Makan makanan yang mengandungi lebih kalsium seperti yogurt dan susu. bagi kaum lelaki, amalkan memakan vitamin seperti Vitamin C dan E, Zinc, asid folik penting untuk pengeluaran sperma yang sihat. Kekurangan zat dan vitamin boleh menganggu kedatangan haid dan menyebabkan sukar untuk kita meneka bilakah masa subur.

Ambillah vitamin tambahan

Walaupun mungkin anda merasa yang anda telahpun mempunyai pemakanan yang optimal menerusi diet yang seimbang tapi anda masih juga disarankan untuk mengambil vitamin tambahan, terutama bagi mereka yang mempunyai pekerjaan atau sibuk melayan anak yang lain dirumah. Mengambil vitamin tambahan akan memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meninggikan peluang untuk hamil dan mendapat anak yang sihat.
Pastikan anda cuma mengambil vitamin yang disarankan oleh wanita hamil dan pada dos yang tertentu sahaja kerana memakan vitamin yang terlalu berlebihan mungkin akan memberi kesan sampingan kepada bayi yang sedang membesar. Sebagai contohnya terlalu banyak vitamin A adalah toksik kepada perkembangan janin. Berbincanglah dengan doktor pakar untuk maklumat yang tepat tentang ubat yang sesuai untuk anda.

Makanlah asid folik sekurang-kuranya 4 mg sehari

Vitamin ini telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida dan telah dikaitkan dengan kurangnya risiko untuk mendapat sakit jantung, kanser dan kencing manis. Sekiranya anda mempunyai saudara yang mempunyai kecacatan saraf, anda disarankan mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi dan hendaklah diambil satu bulan sebelum anda merancang untuk hamil, dan sekiranya anda telah hamil, teruskan memakannya sehinggalah kandungan sekurang-kurangnya 3 bulan.
Pilihlah ubat multivitamin yang mempunyai cukup dos untuk asid folik dan makanlah sayuran yang kaya dengan folik seperti tumbuhan hijau, buah-buahan yang banyak mengandungi jus, bijirin dan roti yang mempunyai folik.

Hindarkan tabiat buruk

Jangan meminum alkohol, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi cafin. Hentikan terus ubat-ubatan herbal atau traditional yang anda makan sekarang dan pastikan anda cuma memakan ubat yang disarankan oleh doktor, yang telah dipastikan selamat untuk mereka yang merancang untuk hamil. Juga, jauhi dari rokok atau mereka yang merokok kerana ia boleh memberi kesan terhadap kandungan anda.

Dapatkan berat badan yang ideal

Mengurangkan sikit berat badan anda (atau menambahkan sikit berat badan sekiranya anda s eorang yang terlalu kurus) sebelum mencuba untuk hamil adalah disarankan sekiranya anda mahukan kandungan yang tidak bermasalah. Terlalu gemuk atau kurus boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Lagipun, wanita yang mengalami berat berlebihan mempunyai lebih komplikasi semasa hamil dan mereka yang terlalu kurus pula boleh mendapat bayi yang kecil atau kelahiran pra-matang.
Rancanglah pemakanan yang baik yang mempunyai kurang lemak, yang banyak serat. Amalkan banyak senaman dan cuba untuk kurangkan berat setengah kilogram satu minggu dan jangan terlalu keterlaluan untuk mengurangkan berat badan anda kerana anda mungkin akan kehilangan nutrisi dari badan anda. Sesuatu yang anda patut elakkan semasa mencuba untuk mengandung.

petikan di ambil drp http://www.alamhamil.com/

Tuesday, April 12, 2011

kerana mu Motosikal

SEBUAH MEMORY BERSAMA MOTOSIKAL....


hahahaah.. tapi ini bukan kisah aku..cuma sekadar berkongsi je... siapa tah yg telah mengalaminya.. aku pun tak pasti....

aku dah jatuh dan kemalangan pun masih gagah bawa motorsikal... cuma sekarang dh tak bawa sebb aku dah ada kereta....

naik kereta xkena hujan... naik motorsikal.. bukan je kena hujan... kena lecak juga.. dan satu hal yg biasa aku tengok... pak polis suka sgt tahan org naik motorsikal.... macam la penunggang motorsikal ni tak de lesen....
kesian kan pembawa motorsikal.....

kadang2.. motor nampak pelik sikit je ..dah di cop mat rempit..padahal..motor tu ayah aku bw gi masjid hari2..

kalau masa panaskan enjin motor..kalau ter 'presh'  kuat sikit... mula la jiran tetangga menyumpah.... padahal tak sengaja.. kecian motorsikal...

TETAPI....

KALAU MASA JEM KAT JALAN RAYA..MOTORSIKAL LAH YG PALING BERGUNA... JIMAT MINYAK, SENANG CILOK,LEBIH CEPAT BERGERAK, DAN SENANG DI BAWA....

TIPS NAK DAPATKAN ZURIAT

hai kawan2.. sebenarnya dah lama dah aku tengok dan baca tips2 nak dapatkan zuriat sejak awal perkhawinan.. tak kira la di mana saja laman tentang nak dapatkan zuriat...

dan ini aku copy daripada blog kawan ku dan nak kongsikan bersama kawan2 yg masih belum dapat zuriat mcm aku nie.... dan aku pun amalkan setiap hari...

kalau nak tengok lebih lanjut boleh baca klik blog ainnazri dan blog lemang cute .. asalnya blog kak lemang dan ain telah pun copy dr situ..dan aku copy dua2..hahaha.... tamak2..kah kah kah..gurau je..

ok ini utk aku dan jua kawan2 yg masih lagi belum dapat zuriat... insyallah... ALLAH ITU MAHA ADIL DAN MAHA MENDENGAR....


1.AMALAN DOA UNTUK ZURIAT
Setiapkali lepas solat..baca doa ini..

i.) Baca Surah alfatihah
ii) Doa mohon zuriat iaitu surah Al-anbiya ayt 89, Surah Ali Imran ayt 38, surah Al-anbiya ayt 30


Doalah dengan penuh yakin dan berharap..
tolonglah ya Allah.. dengarlah doa aku ini..tolonglah Ya Allah..



2. DOA UNTUK KAWAN-KAWAN YANG LAIN
Yang ini.. selalu buat lemang nak nangis..

doalah untuk kawan2, saudara-saudara kita yang belum mendapat zuriat..
Mohon Ya Allah..kurniakan zuriat kepada rakan ku.. sebut nama kawan tu jelas-jelas...
mohon dengan ikhlas pada Allah...Insyaallah..yakinlah..
bila kita doa kebaikan untuk orang lain..berlipat2 kebaikan Allah bagi kat kita...
3. ASID FOLIC
Kekalkan tabiat makan asid folic.. cubalah..

ini untuk kebaikan bakal janin yang akan melekat dalam rahim kita..
tau tak penyakit spina bifida berpunca dari kekurang zat dari asid folic...
Sangat merepek fahaman makan asid folic menyebabkan anak sakit kuning..
entah ijazah doktor mana yang diorang dapat nie..
geram sungguh lemang kalau dengar ibu mengandung tak nak makan asid folic... hishhhh...
pembentukan di awal kehamilan tu penting..
so..janganlah take for granted dengan dengar nasihat yang entah betul entah tidak tu...
hmmmm..dahsyat tauuu kecacatan spina bifida tu!

4.DOA SUAMI
Minta maaf pada suami..huuhuh.. minta doa suami jugak..

Ikhlaslah pada rumahtangga...(huhuhuh paling mencabar niehh)
Ya Allah..hari2 kene minta maaf dari suami..
Al maklumlah..mulut nie.. hati nie..kadang2 bila syaitan pangkat jeneral dah turun..
hitam legam hati jadinya....Lupa surga duduk kat bawah kaki dia..
Hilangkanlah ego.. peluk abang..
"Yang..kita doa sama-sama yer..saya sayangggg kat awakkk..".


5.BERAT BADAN
Kawal berat badan.. alhamdulillah..setelah 3 bulan makan rx-lite..
lemang hampir dapat capai target berat idaman 57, sangat hampir..
dari berat 65..dan sampai 58-59... then..
lemang mengandung!!!
Magic tak magik..ikut rekod upline lemang 6 orang yang ambil rxlite sudah hamil..
bila dah confirm hamil..tak leh makan rx-lite dah..

Lemang tukar makan rx colastra... bagus untuk minda, dan pembentukan otak janin..
Alya and dhia pun makan jugak.. incik apizganaz tak ketinggalan..supaya minda makin subur.
and tak adalah amik keputusan pelik lagik heheheh...


**akak nie siap promote Rxlite lagik.. so saper nak beli ngan harga spesel sila contact kak lemang ye...


6. AMALAN TAMBAHAN AKU
aku amalkan meminum bidadari,kerana ia boleh memulihkan kesuburan dan mencegah penyakit kanser serta keputihan.. dan ia utk my hubby juga,,agar kesejahteraan dlm perhubungan terjaga..serta memberikan tenaga dan vitamin yg baik dlm tubuh badan kita.. ramai gak yg telah mengamalkan BIDADARI berjaya hamil... dan bayi mereka sihat dan comel..mcm member aku, amalkan bidadari dia hamil kembar boy n girl.. mama kembar gak minum bidadari.. dapat kembar 3 boy..hmmm.. impian aku juga..hehehhe..
## kalau ada yg berminta nk tahu pasal produk dan kebaikan bidadari..boleh cari saya di fb ya...

semoga kita akan sentiasa berdoa.. kerana ALLAH SWT itu MAHA MENDENGAR....
jgn berputus asa.. kerana ALLAH SWT ITU MAHA MENGASIHANI..
semoga doa kita semua akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT.. cepat atau lambat..kita harus bersabar dan jgn berputus asa.. AMIN..




Monday, April 11, 2011

Merancang Untuk Hamil

Hai kawan2 ,saja nak kongsi bersama..artikal nie saya ambil dari alamhamil.com ,
ini utk rujukan saya dan kawan2 utk mengetahui TEMPOH KESUBURAN YG SEBENAR,


Ramai dikalangan wanita yang kurang memahami tentang kitaran haid dan masalah haid pula adalah diantara soalan yang paling dikerap ditanya terutamanya di forum.

Sistem peranakan dan kitaran haid kita sebenarnya kejadian yang amat kompleks yang melibatkan beberapa hormon penting dalam badan.
Keseimbangan dan interaksi sihat hormon-hormon ini pula amat kritikal untuk memastikan ovulasi berlaku dan kitaran haid anda teratur setiap bulan

Mengetahui dengan mendalam bagaimana sistem reproduktif berfungsi  menjadi berguna apabila anda merancang untuk hamil kerana ia amat penting dalam menentukan peluang anda untuk hamil .

Kitaran Haid

Setiap bulan badan akan mengalami perubahan semulajadi yang menolong ovari mengeluarkan telur yang bakal disenyawa ataupun tidak. Proses ini dipanggil kitaran haid.

Hari pertama haid anda datang dikira hari pertama kitaran haid anda. Selalunya berakhir 28 hari pada kebanyakan wanita tetapi sekiranya ia dalam lingkungan 21-35 hari kitaran tersebut masih dikira normal dan teratur. Kitaran haid tidak semestinya tepat setiap bulan, awal atau lewat 4-5 hari adalah perkara biasa bagi kebanyakkan wanita.

Semasa hari pertama haid, tahap hormon estrogen yang rendah waktu ini mendorong badan kita untuk mengeluarkan lebih hormon ( FSH ). Semasa hormon FSH meningkat tinggi, ovari mula merangsang pembentukkan folikel-folikel selalunya bermula dengan 20 folikel kecil yang dengan perlahan akan menjadi lebih besar diameternya beberapa hari kemudian.
Walaubagaimanapun, cuma satu sahaja dari folikel ini yang akan menjadi semakin besar dan matang dan seterusnya pecah mengelurkan telur.

Ovulasi

 
Ovulasi ialah proses untuk mengambarkan saat dimana telur dikeluarkan dari ovari. Pada masa ini, hormon estrogen menjadi tinggi merangsang satu lagi hormon yang dirembeskan dari otak iaitu LH mennyebabkan folikel pecah dan keluar dari ovari. Ia selalunya berlaku 14 hari selepas haid pertama sekiranya kitaran anda 28 hari. ( Disinilah lahirnya LH kit). Sekiranya kitaran haid anda 32 hari, telur selalunya akan keluar pada hari ke 18 dari hari pertama haid anda.
Masa inilah anda dalam kedaan subur sekali dan berkemungkinan besar akan hamil sekiranya pada masa yang sama anda bersama dengan suami anda.
Hormon progesterone pula yang dirembes oleh ovari selepas ovulasi akan menyebabkan dinding rahim iaitu endometrium menebal sebagai persiapan untuk meyambut kehadiran telur yang bakal disenyawakan.

Hormon estrogen yang tinggi pula menyebabkan berlaku rembesan yang banyak dari kelenjar serviks yang bertukar menjadi lebih licin dan jernih ( seperti putih telur). Perubahan ini terjadi untuk memudahkan perjalanan sperma dari faraj, ke rahim dan seterusnya ke salur fallopian.
Apabila telur dilepaskan dari ovari, ia akan bergerak perlahan lahan di sepanjang salur fallopian dan sekiranya tiada persenyawaan, telur akan terlerai semasa didalam rahim.

Dinding rahim yang menebal untuk persiapan persenyawaan tadi tidak lagi diperlukan dan akan gugur disebabkan hormon progesteron yang turun secara mendadak ( selepas 14 hari dari tarikh ovulasi) dan dinding rahim tadi akan menjadi darah haid dan kitaran haid baru bermula.

Sebab itulah ujian progesterone dibuat pada hari ke 21 sebagai salah satu ujian infertiliti untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Ujian LH /FSH pula dibuat untuk menentukan samada terdapat keseimbangan hormon ini pada hari ke 2 atau ke 3 kerana jika tiada keseimbangan, besar kemungkinan folikel gagal matang dan ovulasi tidak berlaku.

Apa yang berlaku sekiranya berlaku persenyawaan?


 Sekiranya telur tersenyawa, ia dengan perlahan lahan akan berjadi embryo dan bergerak dari salur fallopian kearah rahim.  Selepas 1 minggu dari tarikh telur dilepaskan, ia akan memasuki dinding rahim yang menebal tadi dan implantasi berlaku.
Pada masa ini hormon HCG akan dirembeskan dan hormon inilah akan dikesan semasa ujian air kencing atau darah .

Sunday, April 10, 2011

nak kongsi testimoni BIDADARI

hai kwn, saja nk kongsi testimoni customer BIDADARI yg dh berjaya hamil semula selepas mengamalkan meminum jus BIDADARI... ini email yg saya dpt drp beliau..


salam, sy ada sedikit pertanyaan..
ada x produk utk menguatkan rahim + janin semasa hamil..
sblm ni sy memang susah hamil anak kedua, slps mengamalkan hanya bidadari sahaja sy berjaya hamil pd bln 10 thn lps..
tp kandungan masuk 2bln, doktor mengesahkan janin x aktif..so terpaksa dnc..
skrg slps 2 bln sy bejaya hamil lg selepas mengamalkan nuage + bidadari..
jd sy nak tahu kalau ada produk yg boleh menguatkan rahim + janin semasa hamil ni..
kalau doktor, doktor akan bg pil hormon..tp lebih elok kalau sy guna produk dcl (kalau ada lah:)
tq
 

tahniah, kak aisyah abd wahid...

Monday, April 4, 2011

entah kenapa...

hai kawan2..lama dah aku tak wat catatn baru..walaupun xbuat catatan baru..aku still follow blog kwn2...
entah la kenapa aku dua tiga menjak nie... kepala pening melayang2..walaupun tak berape pening sangat la...
tempoh haid pun dah lewat 7 hari.. nak kata hamil..mcm tak... dah wat test pun..tp -ve... tp ada org ckp terlalu awal wat test..mm entah la... hari ni pinggang aku sakit2 bila duduk lama2... kepala still pening2 lalat...
kenapa ya... risau lak aku...
ada darah tinggi ke aku...
uhuhuhuhuh.. bila test negatif.. hampa dan sedih rasanya...
entah la...

JOM TAMBAH PENDAPATAN....

saja uji kepakaran kita....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...