segalanya cerita cinta dan kehidupan....

segalanya cerita  cinta dan kehidupan....
ema & mokzi

Followers

kalau suka blog saya klik la like....

Sunday, February 27, 2011

sudah Jatuh, Ditimpa Tangga.. ^_*


Assalamualaikum...

.HAi kawan2..nk kongsi pengalaman yg berlaku pada 23hb Febuary 2011..pada jam 6.00petang.....

pepatah  ada mengatakan..sudah jatuh ditimpa tangga... bermaksud.. org yg ditimpa masalah bertimbun-timbun.....lepas satu masalah datang satu masalah lagi yg berkaitan datang menimpa kita lagi.... ..

hmmm..tp bukan itu maksud hati disini.. sebenarnya  pe yg berlaku ke atas diri ku.... ketika aku pulang dari kerja dan bersiap utk membersihkan diri serta menunai kan solat Asar.. dari atas ku menuruni anak tangga dengan penuh gembira...

tiba-tiba.... gedebuk.....



hehehehe..aku jatuh tangga..... tak tergelincir mahupun mengelongsor..tetapi ku sangkakan aku telah berada di anak tangga terakhir..rupa2nya aku tak sampai lagi..aku jatuh terduduk la mcm nangka busuk... hubby lum balik keje lagi.. hmmm..bergegar perut dan pingang aku....sakitnya...... aku duduk di sofa ku sebentar.... selepas tu aku pun meneruskan hajat ku yg terhenti tadi... selesai aku solat dan nk memulakan memasak makan malam....tiba2 kaki aku sakit yg amat sangat..kebetulan hubby pun balik....
 hubby : kenapa?
manja : jatuh tangga la cyg...
hubby : ok tak? sakit tak?
hubby : dh tak payah masak..biar abg masak....
manja : tak pe ke?
hubby : tak pe...
manja : ok.. maaf ya cyg...
hubby : tak pe2.. rehat la...

 fuh... cian hubby kita ..penat balik keje ..kena masak gara2 aku jatuh tangga........

solat magrib dh tak leh berdiri.. solat duduk je la... lepas tu makan... kaki dh sakit sgt.... pas makan.. hubby bawak gi hospital..sebab dh tak boleh jalan terus...nk di sentuh pun tak boleh..

pai hospital gi kecemasan... wat x-ray... alhamdulillah..cuma terseliur je..tp sakitnya.. itu la kali pertama aku jatuh tangga pai tak boleh jalan.... insyallah aku akn lebih berkati2 kali nie... tak nk aku sakit lagi mcm tu.. cian hubby..kena dukung aku yg gemuk nie masuk keluar kete..sebab xleh jalan..nk gi bilik air pun kena angkat...mm kalah org kaki patah...

kenangan yg tak akan ku lupakan... hehehehe...



kalau nk wat rumah 1 tingkat lagi.. nk wat tangga mcm nie la.. keselamatan.... naik guna tangga.. turun guna gelungsor... heheheh..



macam ne pun ok gak kan..hehehehehe
kalau ada anak gerenti la... main tangga je..hahahaha....


ok kawan2..tu je la nk kongsi pengalaman 4 hari tak kerja gara2 jatuh tangga.. dan.. peratus nak hamil menurun semula la.. tak pe la..lum rezeki kami agaknya..harap2 kawan2 doakan la kami ya..agar sihat dan cepat2 dapat baby....amin...

Wassalam....


Monday, February 21, 2011

Apa kata pakar tentang kelahiran kami.....

jom kita selidik tarikh lahir ema....


masalah penafasan tak de rasanya.... tak suka duduk rumah??? jauh sekali.... hahaha bahagian leher mudah di serang penyakit???.. tak pernah lagi la wat masa nie..hehehhe....agak boros tu..compom la.. perempuan mana yg tak boros kalau dh shopping..hhehehe..
apa2 pun semua nie ramalan belaka..hehehehe...


Jom tengok ramalan tarikh lahir mozi lak....


mudah berkawan dan cepat dapat kawan... hmm memang mesra alam.... idea yg terlalu banyak... sampai tak terkira..hahhaha... suka buat lawak dan bergurau..itu dah compom.... tanpa gelak tawa.. tak happy la rumahtangga.... hehehe..pe pun hanya sedikit sahaja yg nampak nya sama dgn tuan punya badan nie.... yg selebihnya..cuma la ramalan belaka..mybe org lain kot..hahahhha






Sunday, February 20, 2011

5S tips segar sepanjang hari


Anda mengalami masalah mengantuk di waktu pagi? Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi"

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.
Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi. Tips ini saya dapat dari ayah sahabat saya. Mari kita amlkan 5S ini :

01.Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.

02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.

03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga pagi-pagi dh bincang2 dan sembang2 dengan suami... Tapi jangan sembang benda- benda yang lagha; nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Nauzubillah.

04.Sapu rumah
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.

05.Selesai atau Sempurna
Pastikan semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yela, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.

Kesimpulannya, tips 5S ini perlulah dilaksanakan dengan sempurna supaya ia betul- betul berkesan.
Dan bagi saya, ada dua S yang saya buat untuk hilangkan mengantuk dan tidak tidur lepas subuh.
Pertama, saya Segarkan diri (mandi), bila tubuh dah segar secara tak langsung, saya rasa semangat, tidak banyak pun sikit.

Kedua, Stady atau Siapkan kerja yang tidak siap. Masa ni la saya ambil peluang selesaikan tugasan sebagai seorang isteri.

Ok, selamat beramal dan jika ingin wajah berseri ataupun awet muda, jangan amal tidur lepas Subuh ye :D

Erti Sebuah Kehidupan



Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata
Biarlah orang memfitnah,
jangan kita melakukannya
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja
Biarlah orang mencaci kita,
doakan petunjuk buat mereka
Bercakaplah yang memberi faedah
atau diam lebih baik
Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan kejahatanya
Alangkah baiknya balas kejahatan orang
dengan kebaikan
Wahai saudara-wahai saudari itulah panduan kita
Jadikan ia panduan di dalam pergaulan
Krisis tidak akan panjang,
permusuhan tidak berlarutan
Itulah panduan jika ingin aman dan harmoni
Tuan atau puan begitulah Islam memberi panduan
Untuk keselamatan hamba-hambaNya di dunia
Tidak ada pada ajaran agama-agama lain
dan sebarang ideologi
Hanya ada pada Islam yang sejati
Begitulah sebahagian etika didalam pergaulan
Marilah kita bersama-sama mengamalkan
bersungguh-sungguh
Walaupun payah...



Doa-doa untuk kebahgiaan di dalam Rumahtangga..

1. Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)

Untuk amalan 
رَبـَّــنـَــا
.……………………۝ Maksudnya 
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.




2. Maksudnya : Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (an-Naml 27, ayat 19) Untuk amalan 
رَبِّ أ َوْز ِعـْــنـِــى…………..الصــَّــالـِــحـِــيـْــنَ ۝
Maksudnya 
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.


  3. Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al-Ahqaf 46, ayat 15)  

Untuk amalan رَبِّ أ َوْز ِعـْــنـِــى………………..۝ Maksudnya 
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

Amin.....

Khasiat KURMA,KISMIS dan MADU

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.

Tuesday, February 15, 2011

birthday Quyyum....

hmm malam tadi jam 8.30mlm ..15hb Febuary 2011.. bertempat di Taman Bintang... majlis hari lahir MUHAMMAD QAYYUM UKAIL BIN MUHAMMAD LUQMAN.....  anak kepasa ewa..my friend... hmm..seronok..dpt jumpa kawan2 dan makan mcm2 serta melihat anak2 kecil bermain dalam pertandingan kerusi muzik... dan aku pulang jam 11.00mlm....

rehat2 di kolam air panas,gersik ,batu pahat

Jalan2  hujung minggu yg lalu..... merendam kaki di kolam air panas.. memadu kasih bersama suami tersayang....



betapa bahagianya tatakala bermain2 kaki bersama suami..sambil cuci mata.... tgk awek2 di hadapan sana..mukanya comel2 belaka.. pakai baju kurung manis dipandang... tp sayang.. menyelak kain tak agak2... suami aku pun mengucap la pe lagi...aku cuma tergelak kecil....


dn akhirnya kami wat hal masing2.. rasa dunia nie kami yg punya... walau pun panas..tp menyegarkan....






BBQ rumah mertua

12hb Febuary 2011..

BBQ di rumah mak ( mak mokzi) .... hmm bermula jam 8.00pm hingga 1.00 pagi... seronok.. satu family.. itu cuma sebahagian sahaja adik beradik..belum semua..lau semua yg terlibat..hmm tak cukup ruang laman rumah mak... seronok gila.. tgk la gelagat anak2 buah serta cucu bermain2 sambil melihat gelagat suamiku yg asyik memangang ayam dan satay serta ikan....


tgk..sampai tak perasan isterinya tangkap pic nie... tgk kat situ.. ayam yg berwarna merah sikit tu hasil drp kak anum.. yg kuning tu...hasil drp kak lim.. agak2 sape punya yg paling sedap....hmm mesti la sedap yg warna merah tu..maklum je la..yg buat tu org yg dh selalu buat n berniaga.....hehehe.. k.anum punya  la yg mendapat tempat di hati..namun kak lim punya tetap diratah jua..maklum la...BBQ namanya..habis semua di sapu..hahhahaha.................




bantuan dr kawan facebook

hari nie aku masih lagi belajar utk membuat blog nie... atas bantuan kawan ku kenali di laman hangat facebook... " ANahrafhazi Amiza ".. terima kasih kawan kerana sudi memberi ilmu buat ku.... insyallah..anak murid mu ini akn belajar bersungguh2..hahahaa.......

JOM TAMBAH PENDAPATAN....

saja uji kepakaran kita....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...